Saturday, 11 August 2012

Ibarat layang-layang terputus tali...


Tanggal 7 mei 2011 perkenalan kita di muka buku, masa tu kau tegur aku..aku hanya membisu terpaku. Namun kau tegur tanpa jemu dari hari ke hari kau buat aku jadi tak tentu. Seminggu selepas itu kau kata suka aku, aku hanya berdiam tanda malu..kau pula tak jemu-jemu.

Tanpaku sedar aku dah mula menyintaimu.




Sebulan perkenalan kau dan aku semakin mesra dimana ada aku di situ ada kau yang sentiasa menemaniku, walaupun kau tidak penah ada disisiku.

8 June 2011 kali pertamaku mendengar suaramu merdu bak buluh perindu. Kau malu-malu, aku hanya tersenyum simpul. Kau dan aku semakin mesra seperti dah kenal bertahun lamanya.

Malam yang ku sangka penuh bintang berkelipan rupa malam yang penuh dengan kesedihan aku dapat message dari sepupu kau yang mengatakan kau sakit tenat dan bakal di buat pembedahan pada pukul 10 malam nie.

Aku hanya termenung air mata mengalir laju...


Pukul 2 pagi handphone aku berbunyi.

ring...ring...ring..

Hello..ini akmal kn?

yew nie saya.

"Kirana dah tak dew...Allah sayangkn dia..."

Itulah kata-kata terakhir yang terakhir keluar dari mulut sepupu kau..aku hanya membisu...Aku rasa tidak mampu hadapi semua ini air mata mengiringi setiap gelak tawa bersama kau...tak mungkin dapat kembali lagi.

Hanya doa yang mampuku kirimkan..supaya engkau tenang di sana..



P/S Suatu masa kita perlu rela melepaskannya pergi...:")


.

Friday, 10 August 2012

Itu Semua tidak bermakna...


Aku dulu seorang blogger, aku menulis untuk buat orang ketawa bagi aku itu sangat bermakna. Hari-hari tetap sama yang aku fikir untuk buat pembaca ceria.

Dulu orang tak kenal aku...Siapa aku dan apa blogku..namun hari-hari aku terus berusaha sampai suatu hari orang mula mengenaliku.


Tapi panas yang ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tangah hari.. Disaat aku mula di kenali ramai pula yang membenci dari hari ke hari ada mulut mula memaki, menghina dan mencaci.

Kawan yang ku sangka sampai ke mati rupanya musuh yang di takuti...menikam aku atas populariti. Sakitnya tidak terperi.

Kini aku lupakan populariti aku hanya nak menulis dari hati agar bebas jari menari.

P/S Biar diri tidak di kenali asal punya hati nurani..

.